Monday, May 17, 2010

Sungai dalam laut (Most Wanted!)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.


Misteri Di Malam Raya

Misteri Di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang  terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti  terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu.
Raiz menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. “Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi  jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada  perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit  tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur Raiz. Naim kelihatan murung.
 ”Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?” Naim mengubah topik.
 ”Cadangnya gitulah!”
 ” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
 ”Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
 ”Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
 ”Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang  .
 ”Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!”
Suara Naim sedikit  tinggi.
“Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!” Raiz menyuarakan rasa bersalahnya.
Naim cuma  tersenyum.
“Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan sepiring biskut kering.
Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!
“Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.   Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat- pisat Raiz bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah ayahnya.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?
Raiz memerhatikan sekelilingnya.Tiada gelas berisi teh… tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
“Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat  kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak  ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada  pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak  ada..”terang ibunya dengan suara pilu.
Raiz tambah terkejut. Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam?
Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.
“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!”
Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.
“Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !

First Time Post...